Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 11 Oktober 2011

Hati-hati bila kereta anda dilanggar

Dalam Facebook sekarang ramai yang share pasal rompakan di stesen minyak. Tak silap aku kes tu terjadi diluar negara. Tapi baguslah sebagai peringkatan kepada pemandu supaya sentiasa kunci kenderaan walaupun terdapat penumpang di dalamnya.

Ni pulak modul operasi baru kumpulan-kumpulan yang mencuri kereta mewah atau import. Hati-hatilah jika anda dilanggar dari belakang. Banyak kes terbaru kejadian curi kereta  berlaku apabila suspek mendapat mangsa dengan melanggar belakang kereta mangsa. Bila orang dah langgar belakang tentu kita akan berhenti serta keluar dari kereta. ketika itu kumpulan tersebut akan merampas kenderaan anda. Mereka terdiri dari 4 orang. Kes seperti ini terjadi pada kawan wife aku bila keretanya dirampas dengan cara tersebut. Dalam akhbar pun ada kisah seorang ibu hampir kehilangan bayinya apabila keretanya dirampas dan bayinya ada didalam. Nasib ibu tu agak baik bila bayinya ditinggal di tempat awam bersama handphonenya. Dan kejadian terbaru yang aku baca dalam akhbar pagi tadi, cara yang sama anggota ahli yang sama tetapi kali ni mangsanya seorang lelaki. Bukan sahaja kenderaannya dicuri, mangsa juga dipukul.

sekadar peringatan seandainya kenderaan kita di langgar dari belakang, jika was-was  ambil nom plate kenderaan tersebut dan buatlah laporan di balai polis.
 Akhbar semalam  refer sini :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peniagadibelasah_keretadilarikan/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan