Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 18 Oktober 2011

Bila Nilai Kemanusiaan kian pudar


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم

Pagi semalam tersebar satu video yang cukup menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dilanggar dan biarkan begitu sahaja oleh orang ramai yang lalu lalang walaupun kanak-kanak tersebut masih lagi bernyawa. Lagi yang tak boleh terima sebuah lori datang dan melanggar kanak-kanak yang nyawa2 ikan tu.Kini kanak2 tersebut dalam keadaan koma. Mungkin kisah tak kisah sgt sebab ini berlaku di china.
 tak sanggup aku nak tengok, korang?? klik sini

Itu diluar negara bagaimana plak di Malaysia??? kalau kita lihat saban hari tersiar berita pembunuhan kejam dan juga pembuangan bayi. Nilai kemanusiaan kita semakin hari semakin merosot.. apa puncanya? ada kah pemakanan kita dari sumber yang tidak halal atau didikan keagamaan dalam diri kita dah takde. Dalam harian metro semalam, seorang suami merancang membunuh isterinya dgn membakar hidup-hidup.Sungguh kejam sang suami itu. Dan  semalam juga terjadi di sarawak..( Malaysia tu bukan luar negara)  seorang pelajar berusia 16 tahun melahirkan anak di asrama sekolah dan lebih menyedihkan dia sanggup mengelar perut anak itu sehingga mati. Manusia apakah mereka ini. Jika mereka dikatakan binatang, binatang pun lebih mulia dari mereka. Orang macam tu lebih jahat dan kejam dari syaitan dan iblis. Syaitan dan iblis cuma merosakkan manusia tetapi tidak bangsanya sendiri tetapi manusia???
Mungkin ini lah dunia di akhir zaman...



Ni sumber baru aku dapat, Kanak-kanak perempuan tu dah meninggal semalam...(updated 14.00)


 

Selasa, 11 Oktober 2011

Hati-hati bila kereta anda dilanggar

Dalam Facebook sekarang ramai yang share pasal rompakan di stesen minyak. Tak silap aku kes tu terjadi diluar negara. Tapi baguslah sebagai peringkatan kepada pemandu supaya sentiasa kunci kenderaan walaupun terdapat penumpang di dalamnya.

Ni pulak modul operasi baru kumpulan-kumpulan yang mencuri kereta mewah atau import. Hati-hatilah jika anda dilanggar dari belakang. Banyak kes terbaru kejadian curi kereta  berlaku apabila suspek mendapat mangsa dengan melanggar belakang kereta mangsa. Bila orang dah langgar belakang tentu kita akan berhenti serta keluar dari kereta. ketika itu kumpulan tersebut akan merampas kenderaan anda. Mereka terdiri dari 4 orang. Kes seperti ini terjadi pada kawan wife aku bila keretanya dirampas dengan cara tersebut. Dalam akhbar pun ada kisah seorang ibu hampir kehilangan bayinya apabila keretanya dirampas dan bayinya ada didalam. Nasib ibu tu agak baik bila bayinya ditinggal di tempat awam bersama handphonenya. Dan kejadian terbaru yang aku baca dalam akhbar pagi tadi, cara yang sama anggota ahli yang sama tetapi kali ni mangsanya seorang lelaki. Bukan sahaja kenderaannya dicuri, mangsa juga dipukul.

sekadar peringatan seandainya kenderaan kita di langgar dari belakang, jika was-was  ambil nom plate kenderaan tersebut dan buatlah laporan di balai polis.
 Akhbar semalam  refer sini :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peniagadibelasah_keretadilarikan/Article/index_html

Isnin, 10 Oktober 2011

Fenomena Bulan 2 -kebetulan atau ketentuan??



Sejak malam tadi aku terfikir tentang fenomena bulan yang berlaku.  2 tahun lepas fenomena ini berlaku pada 31 oktober 2009 dan dalam musim haji . Pada tahun ini pulak berlaku pada 9 oktober 2011 juga dalam musim haji. adakah ini kebetulan atau ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. Sampai di office aku terpikir nak cari tarikh tersebut dalam tahun hijrah, so ini lah yag aku dapat. Agak mengejutkan bila  tarikh kejadian  fenomena itu berlaku bila di tukarkan kepada  kalendar hijrah adalah sama. beza cuma 1 hari je. Memang hebat ketentuan dari Allah . Maha Suci Allah....

Fenomena Lunar moon


Malam tadi  kecoh juga di facebook aku pasal fenomena bulan yang agak luar biasa. aku pun tak tau nak terang macam mana tapi ni kali kedua aku tengok. Kali pertama 2 tahun lepas di kampung aku. Kejadian tu berlaku pada 31 /10/2009 dan dalam musim haji. Kali ini juga berlaku dalam musim haji juga. tahun lepas aku pun tak pasti samaada fenomena ini berlaku atau tak. Tapi yang tak seronoknya apabila ada pihak-pihak tertentu yang mengait fenomena ini dengan benda-benda mengarut. contoh 2 tahun  lepas ketika fenomena ini berlaku , aku mendapat sms yang mengatakan tepat 12 malam ( hebat tul manusia tu bleh tau waktunya) satu gelombang magnet besar akan berlaku dan akan menyebabkan semua peralatan eletrik serta elektronik akan rosak. Penghantar sms tu menyuruh semua tutup handphone sebelum jam 12. Aku tak off pun saja-saja nak tengok apa yang akan terjadi. Takde apa pun berlaku...

Dan malam tadi, mula tersebar sms yang mengarut dengan mengatakan 40 hari bernula dari malam tadi akan berlaku sesuatu yang dahsyat. Memang hebat siapa manusia yang  boleh meramal perkara tu..(hahahahahah..)

Sebagai Umat Islam seharusnya kita melihat perkara tersebut sebagai peringatan Allah kepada kita supaya sentiasa mengingatiNya. Tak perlulah kita sebar-sebarkan perkara-perkara tahyul mahyul ni....

Jika nak tahu lebih jelas fenomena ni refer kat sini http://home.hiwaay.net/~krcool/Astro/moon/moonring/