Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 18 Oktober 2011

Bila Nilai Kemanusiaan kian pudar


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم

Pagi semalam tersebar satu video yang cukup menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dilanggar dan biarkan begitu sahaja oleh orang ramai yang lalu lalang walaupun kanak-kanak tersebut masih lagi bernyawa. Lagi yang tak boleh terima sebuah lori datang dan melanggar kanak-kanak yang nyawa2 ikan tu.Kini kanak2 tersebut dalam keadaan koma. Mungkin kisah tak kisah sgt sebab ini berlaku di china.
 tak sanggup aku nak tengok, korang?? klik sini

Itu diluar negara bagaimana plak di Malaysia??? kalau kita lihat saban hari tersiar berita pembunuhan kejam dan juga pembuangan bayi. Nilai kemanusiaan kita semakin hari semakin merosot.. apa puncanya? ada kah pemakanan kita dari sumber yang tidak halal atau didikan keagamaan dalam diri kita dah takde. Dalam harian metro semalam, seorang suami merancang membunuh isterinya dgn membakar hidup-hidup.Sungguh kejam sang suami itu. Dan  semalam juga terjadi di sarawak..( Malaysia tu bukan luar negara)  seorang pelajar berusia 16 tahun melahirkan anak di asrama sekolah dan lebih menyedihkan dia sanggup mengelar perut anak itu sehingga mati. Manusia apakah mereka ini. Jika mereka dikatakan binatang, binatang pun lebih mulia dari mereka. Orang macam tu lebih jahat dan kejam dari syaitan dan iblis. Syaitan dan iblis cuma merosakkan manusia tetapi tidak bangsanya sendiri tetapi manusia???
Mungkin ini lah dunia di akhir zaman...



Ni sumber baru aku dapat, Kanak-kanak perempuan tu dah meninggal semalam...(updated 14.00)


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan