Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 10 Oktober 2011

Fenomena Lunar moon


Malam tadi  kecoh juga di facebook aku pasal fenomena bulan yang agak luar biasa. aku pun tak tau nak terang macam mana tapi ni kali kedua aku tengok. Kali pertama 2 tahun lepas di kampung aku. Kejadian tu berlaku pada 31 /10/2009 dan dalam musim haji. Kali ini juga berlaku dalam musim haji juga. tahun lepas aku pun tak pasti samaada fenomena ini berlaku atau tak. Tapi yang tak seronoknya apabila ada pihak-pihak tertentu yang mengait fenomena ini dengan benda-benda mengarut. contoh 2 tahun  lepas ketika fenomena ini berlaku , aku mendapat sms yang mengatakan tepat 12 malam ( hebat tul manusia tu bleh tau waktunya) satu gelombang magnet besar akan berlaku dan akan menyebabkan semua peralatan eletrik serta elektronik akan rosak. Penghantar sms tu menyuruh semua tutup handphone sebelum jam 12. Aku tak off pun saja-saja nak tengok apa yang akan terjadi. Takde apa pun berlaku...

Dan malam tadi, mula tersebar sms yang mengarut dengan mengatakan 40 hari bernula dari malam tadi akan berlaku sesuatu yang dahsyat. Memang hebat siapa manusia yang  boleh meramal perkara tu..(hahahahahah..)

Sebagai Umat Islam seharusnya kita melihat perkara tersebut sebagai peringatan Allah kepada kita supaya sentiasa mengingatiNya. Tak perlulah kita sebar-sebarkan perkara-perkara tahyul mahyul ni....

Jika nak tahu lebih jelas fenomena ni refer kat sini http://home.hiwaay.net/~krcool/Astro/moon/moonring/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan