Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 25 Ogos 2011

Tips Pemanduan Pulang ke Kampung - Part 2

Alhamdulillah semlm aku dah tulis sebelum memulakan perjalanan, sekarang aku nak sambung plak ketika semasa dalam perjalanan. Apa yg aku tulis semua ini merupakan  pengalaman  dan pembacaan aku sebagai seorang pemandu dan juga salah seorg yang terlibat dalam bidang kejuruteraan. Kalau rasa mengarut je tak perlu lah teruskan membaca.


Semasa Perjalanan

1. Mulakan perjalanan anda dengan bacaan doa, ayat kursi semoga perjalanan anda diberkati. klu rajin buatlah solat sunat musafir. Pakai seat belt takkan itu pun nak cakap kot...

2. Setkan di fikiran anda untuk perjalanan yg selamat. Plan laluan perjalanan anda  Dan anda perlu jangka perkara2 seperti  kesesakan laluan anda tu. Jangan terlalu tergesa-gesa.

3. Memandulah dalam keadaan yang selesa tapi jangan terlalu selesa, klu terlebih selesa boleh memudahkan kita mengantuk atau terleka.

4. Kalau memandu bukan dalam bulan puasa , bleh lah korg bawak bekal kekacang atau apa yg bleh kunyah sambil memandu.

5. Kalau ada teman sebelah ajak lah beboarak, klu takde korg nyanyi lah sorg2 dalam kereta tu. Lagi takde sedap suara korag, lagi korg tak nagntuk... hahahahha.

6. Kalau kenderaan korg mengalami kerosakan di highway

 I) cuba semampu yg boleh membawa kenderaan anda di lorong kecemasan.

II) hidupkan lampu kecemasan (hazard) pada  kereta anda,  jika ada penumpang lain bersama, bawa keluar penumpang  ke tempat yg selamat. jgn biar penumpang menunggu di dalam kereta.

III) Letakkan safety triangle at least 5 meter di belakang kenderaan anda supaya pemandu lain alert dgn kenderaan dihadapan. jgn letak kayu atau ranting pokok, klu driver lori selalu langgar je dorg ingat jatuh dari pokok.


IV) Sebelum korg keluar kereta tu pakai lah vest tu dulu, klu tak gunalah bawa sekali. Senang pemamdu lain nampak korg. paling tidak pun dorg ingat korg ni polis yg sedang buat speed track

V) cuba perbaiki kereta (itu pun kalau bleh) atau hubungi bantuan dari pihak lebuhraya.

7. Kalau letih atau mengantuk berhentilah rehat,  jgn paksa diri takut otak tak mampu bertindak dgn baik.  Jika terlalu lama duk dalam aircon , buka lah tingkap 10-15 minit supaya dpt udara segar. yelah mana tahu aircond korg ada leakage. Kalau ada leakage mesti udara yg masuk tu dah bercampur dgn carbon monosida yg akan menyebabkan anda tak sedar diri secara perlahan-lahan.


8. Kalau tgh syok memandu hujan turun plak , ni aku nak bagi tips skit

I) kurang kan kelajuan kenderaan anda. Hujan yg turun dan terkena pada permukaan jalan yg panas akan menyebab permukaan jalan menjadi licin. (tak payah lah aku citer sbb apa, klu nak tahu tanyalah budak engineering)

II) cuba main break kereta anda suapaya break pad tak lock tiba2 ( korg byg kan  besi yg panas tiba2 kena air apa yg akan jadi)

III) Untuk membantu penglihatan gunalah spec mata polorized atau spec yg berwarna perang.


III) jgn guna lampu klampu hazard klu kenderaan tidak berhenti terutama di lorong kanan. Ini akan membahayakan pemandu2 lain. Nyalakan kan lampu kenderaan anda ( tak yah kedekut sgt nak nyalakan lampu, mentol tu berapa sen sgt berbanding dgn nyawa korg).

IV) Elakkan dr melanggar lopak atau kwsn air yg bertakung, sbb kita pun tak tahu lopak tersebut dalam atau tak.

V) kalau perlu break kecemasan , tekan byk2 kali (slow2) jgn sekali tekan je takut nanti break lock lainlah kereta korg ada ABS.

Oklah aku rasa itu je panduan yang dapat aku kongsikan. Semoga perjalanan kita akan di berkati dan selamat sampai dan kembali ke destinasi yg kita tuju.  Selamat hari raya maaf zahir batin.




Rabu, 24 Ogos 2011

Bila Isteri menangis


Sewaktu si suami membuka pintu rumah, Beliau melihat isteri sedang menangis sambil menekup mukanya.

Suami : sayang kenapa menangis ni?

Isteri : saya rasa sedih lah bang.

Suami : Yelah kenapa?

Isteri : sedih membaca ending buku ni

Suami : Yeke? buku cerita apa tu? mesti sad story kan?

Isteri : buku akaun simpanan abang.

Suami : !!!!!!!!!!



Moral : kalau tgk isteri menangis  sambil pegang buku hati2lah.


sekadar hiburan je

Gadis bertudung jadi pencuri

Cis hampeg tul gadis ni, mencemar imej org bertudung dan juga imej org Islam. Cepat2 lah polis tangkap dia. Dia juga boleh menyebabkan org lain kurang yakin dgn gadis yg bertudung untuk mencari perkejaan berita selanjutnya

TIPS PEMANDUAN PULANG KE KAMPUNG

Alhamdulillah, kita dah semakin hampir ke hujung ramadhan untuk tahun ini. Mungkin sekarang ini ramai yang tengah sibuk membuat persiapan menyambut hari raya. Dalam kesibukkan membuat persiapan raya, sudahkah kita pastikan kenderaan kita dalam keadaan selamat untuk balik kampung. Disini aku nak kongsi sedikit sebanyak tips pemanduan yang aku tahu. korg kalau tahu juga tambahlah.

Sebelum Memulakan Perjalanan

1. sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan anda telah diservis. elok stanby minyak engine ( yg baki servis tu bukan yg dari engine :) ) dan juga air dalam boot kereta mana tau tgh2 drive ada leakage menyebbkn engine oil kurang.

2. Korang kena pastikan apa barang yg perlu dibawa balik bersama, klu barang2 tu  tak pentong tak perlulah  memberat kan kereta. Ramai yg lupa tentang kapasiti kereta dan tayar  termasuk boot dan penumpang. Takut terlebih muatan akan effect kat tayar ( takut pecah je bila dah jalan jauh2 ni)>

3. Aku cadangkan juga kalau balik malam sediakan lampu suluh dan juga vest keselamatan ( yg mcm polis pakai tu, paling murah pun rm5 je)  Vest ni gunanya klu kereta rosak tepi highway korg pkailah. mcm nak tukar tayar pancit ke, supaya pemandu lain akan alert dgn korg.

4. Susun barang dalam boot dgn teratur supaya senang nak ambil brg keperluan semasa kecemasan.

5. Pastikan tekanan tayar ditahap yg di syorkan oleh kenderaan tersebut. jgn terlebih atau terkurang. kalau tak tahu berapa tekanan angin tayar anda, lihat di pintu  depan atau pintu boot depan kenderaan anda.











Nanti aku akan sambung semasa pemanduan plak...

Isnin, 22 Ogos 2011

Aurat Oh Aurat !!

Hari ni dah 22 hari umat islam berpuasa. Sepanjang aku dan wife keluar membeli keperluan harian, mcm perkara yg dah mengurangkan pahal puasa aku. Antaranya perempuan2 yg tak menjaga auratnya. Kenapa kau tulis yg tak menjaga auratnya bukan yg tak menutup auratnya??? ..Yang tak tutup aurat tu sah2 lah berdosa dan aku pun tak berminat nak komen sgt sbb benda tu dah terang. tapi yg dah tutp aurat tapi masih tak jaga auratnya.. macam mana tu? Adakah mereka ni masih tak paham konsep menutup aurat dengan membalut aurat.. dah elok2 pakai tudung tapi baju macam pinjam baju adik  je. kadang2 tu tudung dah elok baju plak  lutsinar sama je macam tak pakai baju. dah ler tanpa rasa segan silu masuk dalam masjid, macam org tak bersalah je. Takkan takde rasa apa kot dengan YANG ESA. Aku pun tahu org macam ni jenis yg mcm mana ner. Adakah hati mereka ni dah hitam sehingga dah hilang rasa malu terhadap manusia, apatah lagi dengan Allah.




Jumaat, 19 Ogos 2011

4 Golongan Lelaki Yang Akan ke Neraka di sebabkan Wanita

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya 4 golongan lelaki ke neraka .. Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya. Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat. Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya

Peniaga Oh peniaga


Hari ini  dah 19 hari umat islam berpuasa.  Setiap kali pergi kerja aku akan lalu di hadapan 1medan selera di cheras. Pelik juga pagi2 pun ada juga 2-3 kedai muslim yg buka. May be customer dorg dikalangan yg bukan islam ( bersangka baik). Dalam byk gerai kat situ aku tertarik dgn satu gerai mamak. Selain bulan ramadhan dia akan pakai kopiah ketika menebar roti canai, tapi dalam bulan ramadhan ni dah terbang ditiup angin. Malam tadi plak ada tazkirah pasal keyakinan manusia terhadap Allah. salah satu kata2 imam tu , dimanakah sensitiviti kita dalam bulan puasa ni, buka kedai makan pagi , walaupun customer kita dikalangan org bukan islam. adakah kita tidak yakin dgn rezeki itu dtgnya dr Allah, seolah2 mereka menanggap rezeki itu dtgnya dr non muslim itu..... Dan semasa di jalan TAR 2 hari lepas aku tgk byk juga yg dah jual kuih muih dan lauk pauk walaupun waktu baru pukul 11 pagi...
Mana2 kedai yg buka  pagi dalam bulan puasa ni aku dah boikot termasuk kedai mamak depan office aku ni ( aku bukan suka sgt makan dekat mamak melainkan dah takde pilihan). Bagi aku mereka ini yg akan bagi peluang kepada mereka2 yg tak berpuasa.


Di Terengganu

Pengalaman aku berpuasa di T'ganu pada tahun 2007, agak berbeza skit. Yelah, disana bukan peniaga makanan org muslim je yg akan mula berniaga pukul 3 tapi ada beberapa restoran makan segera di sekitar batu buruk turut sama memulakan operasi mereka jam 3 ptg. Aku rasa tempat lain takde lagi  restoren makanan segera yg buka pukul 3 ptg, 24 jam lagi adalah.

Khamis, 18 Ogos 2011

KL dibanjiri manusia


17 ogos 2011 bersamaan 17 ramadhan, Selangor cuti sempena dengan Nuzul Quran. aku dan wife dah plan nak gi jalan- jalan sekitar Jalan TAR. Keluar rumah jam 9.30 pagi hantar anak ke rumah pengasuh, terus ke stesen LRT. Mula plan nak gi dgn kereta tapi bila terpikir jalan yg sesak dan kesukaran nak parking , lebih baik guna LRT. lagi pun kami plan nak jalan dari sogo ke masjid jamek , then  naik lrt situ utk balik. Sampai di stesen bandaraya baru pukul 9.45, ada 15 minit lagi sogo nak buka. tgk kat depan pintu dah ramai yang menanti. ( klu sogo buka pukul 8 aku rasa pukul 7 dah ramai yg tunggu). Tepat jam 10, pintu sogo dibuka, kami mula melangkah masuk. Keadaan masih belum sesak, tapi di bahagian bawah (tempat longgokan barangan offer) dah ramai macam semut menggerumi gula. Aku jengguk jugalah, lagi pun aku bukannya nak beli barangan sangat, cuma temankan isteri tercinta je. Wife aku terintai kasut2 kat situ, aku  cakap kat dia apa ckelas beli brg longgok ni jom naik tingkat atas ( padahal aku malas nak bersesak).

Setelah siap shopping kat sogo, kami mulakan operasi mengukur jalan TAR ke Masjed Jamed.. Mula aku singgah kedai jual buku2 agama. nak cari buku yg mak aku pesan. Mak aku pesan 2 buku tapi yg aku jumpa cuma 1 je ( alhamdulillah, buku ni aku cari dah dekat sebulan). Kami sambung semula operasi asal kami. masuk je lorong belakang ,  dah mula terasa bahang kehangatan matahari dan juga lautan manusia. Tgk kedai2 yg menjual pakaian punyalah byk. nasib baik lah wife aku ni bukan jenis yg boros juga, klu tak lenguh aku nak angkat barang. Sepanjang aku mengukur jalan tu, aku tertanya kenapa DBKL ni terlalu cerdik sangat menyediakan canopy kepada para peniaga berwarna merah. Bukan ke warna merah akan menambahkan lagi kehangatan dari bahang matahari, tambahan lagi dengan kesesakan manusia yang turut sama mengukur jalan tersebut. Jam 1.30 kami mula melangkah ke stesten LRT masjid Jamek. dan pulang ke rumah . Alhamdulillah LRT tak ramai org so bleh lah duduk.. Tapi apa yang menghairankan sepanjang aku mengukur Jalan TAR ke masjed Jamek tu ,  Golongan wanita yg lebih ramai . Gerai  pun byk yg menjual barangan atau pakaian berkaitan wanita. Betullah kata bijak pandai, ekonomi wanita yang kuasai. Wanita memang kuasa pembeli...