Hari ini dah 19 hari umat islam berpuasa. Setiap kali pergi kerja aku akan lalu di hadapan 1medan selera di cheras. Pelik juga pagi2 pun ada juga 2-3 kedai muslim yg buka. May be customer dorg dikalangan yg bukan islam ( bersangka baik). Dalam byk gerai kat situ aku tertarik dgn satu gerai mamak. Selain bulan ramadhan dia akan pakai kopiah ketika menebar roti canai, tapi dalam bulan ramadhan ni dah terbang ditiup angin. Malam tadi plak ada tazkirah pasal keyakinan manusia terhadap Allah. salah satu kata2 imam tu , dimanakah sensitiviti kita dalam bulan puasa ni, buka kedai makan pagi , walaupun customer kita dikalangan org bukan islam. adakah kita tidak yakin dgn rezeki itu dtgnya dr Allah, seolah2 mereka menanggap rezeki itu dtgnya dr non muslim itu..... Dan semasa di jalan TAR 2 hari lepas aku tgk byk juga yg dah jual kuih muih dan lauk pauk walaupun waktu baru pukul 11 pagi...
Mana2 kedai yg buka pagi dalam bulan puasa ni aku dah boikot termasuk kedai mamak depan office aku ni ( aku bukan suka sgt makan dekat mamak melainkan dah takde pilihan). Bagi aku mereka ini yg akan bagi peluang kepada mereka2 yg tak berpuasa.
Di Terengganu
Pengalaman aku berpuasa di T'ganu pada tahun 2007, agak berbeza skit. Yelah, disana bukan peniaga makanan org muslim je yg akan mula berniaga pukul 3 tapi ada beberapa restoran makan segera di sekitar batu buruk turut sama memulakan operasi mereka jam 3 ptg. Aku rasa tempat lain takde lagi restoren makanan segera yg buka pukul 3 ptg, 24 jam lagi adalah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan