Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 18 Ogos 2011

KL dibanjiri manusia


17 ogos 2011 bersamaan 17 ramadhan, Selangor cuti sempena dengan Nuzul Quran. aku dan wife dah plan nak gi jalan- jalan sekitar Jalan TAR. Keluar rumah jam 9.30 pagi hantar anak ke rumah pengasuh, terus ke stesen LRT. Mula plan nak gi dgn kereta tapi bila terpikir jalan yg sesak dan kesukaran nak parking , lebih baik guna LRT. lagi pun kami plan nak jalan dari sogo ke masjid jamek , then  naik lrt situ utk balik. Sampai di stesen bandaraya baru pukul 9.45, ada 15 minit lagi sogo nak buka. tgk kat depan pintu dah ramai yang menanti. ( klu sogo buka pukul 8 aku rasa pukul 7 dah ramai yg tunggu). Tepat jam 10, pintu sogo dibuka, kami mula melangkah masuk. Keadaan masih belum sesak, tapi di bahagian bawah (tempat longgokan barangan offer) dah ramai macam semut menggerumi gula. Aku jengguk jugalah, lagi pun aku bukannya nak beli barangan sangat, cuma temankan isteri tercinta je. Wife aku terintai kasut2 kat situ, aku  cakap kat dia apa ckelas beli brg longgok ni jom naik tingkat atas ( padahal aku malas nak bersesak).

Setelah siap shopping kat sogo, kami mulakan operasi mengukur jalan TAR ke Masjed Jamed.. Mula aku singgah kedai jual buku2 agama. nak cari buku yg mak aku pesan. Mak aku pesan 2 buku tapi yg aku jumpa cuma 1 je ( alhamdulillah, buku ni aku cari dah dekat sebulan). Kami sambung semula operasi asal kami. masuk je lorong belakang ,  dah mula terasa bahang kehangatan matahari dan juga lautan manusia. Tgk kedai2 yg menjual pakaian punyalah byk. nasib baik lah wife aku ni bukan jenis yg boros juga, klu tak lenguh aku nak angkat barang. Sepanjang aku mengukur jalan tu, aku tertanya kenapa DBKL ni terlalu cerdik sangat menyediakan canopy kepada para peniaga berwarna merah. Bukan ke warna merah akan menambahkan lagi kehangatan dari bahang matahari, tambahan lagi dengan kesesakan manusia yang turut sama mengukur jalan tersebut. Jam 1.30 kami mula melangkah ke stesten LRT masjid Jamek. dan pulang ke rumah . Alhamdulillah LRT tak ramai org so bleh lah duduk.. Tapi apa yang menghairankan sepanjang aku mengukur Jalan TAR ke masjed Jamek tu ,  Golongan wanita yg lebih ramai . Gerai  pun byk yg menjual barangan atau pakaian berkaitan wanita. Betullah kata bijak pandai, ekonomi wanita yang kuasai. Wanita memang kuasa pembeli...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan